Kategori: Buku Terpakai
Kod: BTSI
Novel novelis Faisal Tehrani, Saasatul Ibaad, terbitan Abeerdeen Boos World, Cetakan Pertama 2009.
Harga asal: RM25.00 sahaja.
Harga tawaran: RM14.50
Kos Pos: RM3.00 (Pos Ekspress)
December 25, 2009 at 4:05 am (Buku Terpakai)
Tags: Buku Terpakai
December 25, 2009 at 3:57 am (Uncategorized)
Tags: Buku Terpakai
December 25, 2009 at 3:20 am (Buku Terpakai)
Tags: Buku Terpakai
December 25, 2009 at 2:34 am (Uncategorized)
Tags: Alua-aluan
Salam,
Sekian lama saya sudah impikan sebuah kedai, jika boleh dikatakan kedai. Beberapa tahun lampau ketika saya mencuba nasib dalam dunia perniagaan, tentu sahaja ada yang sudah mendengar Naimisa Intelligent Outsourcing Ent. (NIO Ent.)….
Sebuah syarikat yang konon-kononnya akan menjadikan saya seorang usahawan berjaya. Pun begitu, kehendak DIA tidak serupa dengan perancangan kita. Dan pastinya perancangan DIA lebih rapi dan tepu hikmah yang kemudiannya akan dapat dibaca apabila direnung dalam tafakur paling dalam. Nah, saya sekarang masih wujud dalam wajah dan sosok yang harus bekerja dengan orang lain. Tetapi saya juga ingin memiliki sebuah perniagaan sambilan selaras dengan hobi saya membaca buku. Saya suka menjual semula buku yang pernah saya beli. Tentunya harga buku itu lebih menarik. Dan hasinya akan saya guna untuk membeli buku lain pula.
Sudilah mampir dan memilih mana-mana buku baru atau terpakai yang ditawarkan di kedai maya ini.
Salam hormat.
Yang benar,
Naimisa Yusof.
Jurutera Sistem,
Sentul, KL.